Unit Trust



APA ITU UNIT AMANAH (UNIT TRUST)


1. Pernah dengar Unit Trust (UT), tapi tak faham apa maksudnya?


 Jom saya terangkan apa itu Unit Trust.
‍‍‍‍‍‍
Bahasa Inggeris = Unit Trust (UT)
Bahasa Malaysia =Amanah Saham

Jika diluar negara pula dipanggil Mutual Fund.

‍‍‍‍‍‍
Kita perlu faham UT adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana. ✔️✔️
‍‍‍‍‍‍
Syarikat pengurus dana ini akan mengambil dan menguruskan duit orang ramai (pelabur) untuk dilaburkan bagi pihak anda (pelabur) menerusi ikatan amanah ✔️✔️

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

2. Kemanakah duit anda dilaburkan?



‍‍‍‍‍‍
Majoriti dana UT dilaburkan dalam 3 jenis instrumen kewangan utama :
🎀Saham (Ekuiti)
🎀Bon / Sukuk
🎀Money Market

‍‍‍‍‍‍
Dalam 3 jenis dana diatas, ada juga dana yang melibatkan ketiga-tiganya dalam suatu masa. Ini bertujuan untuk mengurangkan tahap risiko, inilah yang dinamakan risiko terkawal.

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

3. Jadi apa yang anda lakukan?



‍‍‍‍‍‍
Ringkasnya, apabila anda menyertai atau membeli unit trust jenis ekuiti, ini bermaksud wang anda dilaburkan didalam pasaran saham kebanyakan nya.

Cuma anda tidak membeli secara terus saham tersebut, sebaliknya "Fund Manager" yang bekerja dibawah syarikat pengurus dana yang akan membelinya.

‍‍‍‍‍‍
Konsepnya seperti ini :
 Pelabur = bagi duit kepada Unit Trust (Syarikat Pengurus Dana)
 Syarikat Pengurus Dana = Fund Manager membeli saham

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

3. Macam mana pula anda (pelabur) mendapat keuntungan?



‍‍‍‍‍‍
Salah satu keuntungan didalam menyertai Unit Trust adalah apabila saham yang dibeli diberikan Dividen. Maka anda pun terima pengagihan unit daripada saham tersebut.
‍‍‍‍‍‍
Selain itu, keuntungan yang diperoleh adalah dari harga saham itu sendiri. Apabila harga saham naik & melebihi kos belian, maka anda boleh menjual saham milik anda untuk mendapatkan keuntungan.

‍‍‍‍‍‍
Ringkasnya :
 Beli = sewaktu harga murah
 Jual = sewaktu harga mahal

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

4.Bagaimana mahu membeli atau menyertai UT?



‍‍‍‍‍‍
Anda boleh membeli atau register secara online
Anda boleh menyertai melalui Ejen.

‍‍‍‍‍‍
Cara paling mudah adalah melalui Ejen, ini kerana ejen berdaftar dapat membantu anda dalam memilih dana yang dapat memberikan keuntungan dan mengurangkan RISIKO kerugian. Anda dinasihatkan untuk tidak menilai tahap keuntungan sahaja, tetapi perlu menilai tahap RISIKO sesuatu dana itu juga.

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍

5. Penting ke melalui Ejen?



‍‍‍‍‍‍
 Ya, dengan bantuan ejen anda dapat maklumat yang lebih terperinci tentang sesuatu dana tersebut.
Ejen juga dapat membantu anda dalam mempermudahkan urusan Beli & Jual Unit Trust.

‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍
Di Malaysia, kebanyakan Unit Trust boleh dibeli dengan menggunakan Akaun 1 KWSP selain daripada menggunakan Wang Tunai.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Unit Amanah dan Dana yang ada bolehlah berhubung dengan Consultant Principal kami atau boleh terus PM kepada saya ☺️

No comments:

Post a Comment

Pages