Unit Amanah

Jom kita belajar sikit apa kelebihan Unit Amanah.Setiap instrumen pelaburan ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Untuk artikel kali ini, mari kita pelajari apakah kelebihan unit trust . Di sini saya senaraikan 5 kelebihan melabur didalam unit trust yang mungkin anda tidak tahu.

1) Kelebihan Unit Trust #1 : Diuruskan oleh Profesional Fund Manager.


Fund Manager adalah mereka yang menguruskan dana unit trust. Mereka adalah ‘expert’ didalam industri pelaburan. Bukan senang-senang seseorang itu mahu menjadi fund manager. Fund manager perlua mempunyai pengalaman dalam pelaburan saham, bond dan instrumen lain serta mempunyai sijil professional.
Bagi kita yang masih baru dalam dunia pelaburan atau mungkin tiada masa untuk ‘monitor’ pelaburan, adalah lebih baik jika kita ‘leverage’ kan kepakaran melabur kepada fund manager.

2) Kelebihan Unit Trust #2 : Mudah Dicairkan.


Bagi pelaburan unit trust, tiada tempoh matang yang ditetapkan. Anda boleh ‘enter’ dan ‘exit’ bila-bila masa yang anda mahu. Berbeza dengan sesetengah pelaburan yang mempunyai tempoh seperti ASBF.
Tempoh masa yang sesuai bagi pelaburan unit trust adalah ‘medium to long term’. 3 tahun sudah dianggap sebagai ‘medium’. Perkara supaya anda dapat memaksimakan hasil pelaburan anda.

3) Kelebihan Unit Trust #3 : Diversify portfolio.


Jika anda melabur dalam unit trust anda melabur dalam portfolio yang ‘diversify’. Sebagai contoh, jika anda melabur dalam dan ekuiti(saham), anda melabur dalam pelbagai syarikta, bezeza jika anda melabur ‘direct’ dalam saham. Anda hanya boleh beli beberapa kaunter sahaja kerana modal yang ‘limited’.
Selain ekuiti, anda juga boleh melabur dalam dana ‘bond’ dan ‘money market. Terdapat pelbagai jenis dana yang ada dari pelabagai kelas aset yang ada dalam pelaburan unit trust.

4) Kelebihan Unit Trust #4 : Modal rendah.


Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur dalam unit trust. Dengan modal serendah RM100 anda sudah memiliki saham syarikat GERGASI seperti TNB,Axiata, Maxis dan Sime Darby.
Jika anda ingin membeli saham sendiri, anda perlu beli minimum sebanyak 1 lot = 100 unit. Contohnya anda ingin membeli saham TNB yang berharga RM14.00. Anda memerlukan modal sebanyak RM1,400 untuk membeli 1 lot TNB.

5) Kelebihan Unit Trust #5 : Bersifat Compounding Effect.


Dalam pelaburan, compounding effect adalah antara perkara yang penting. Kesan ‘compounding’ akan lebih terlihat jika anda melabur untuk ‘long term’. Jika anda melabur RM100 setiap bulan dengan pulangan sebanyak 10% selama 25 tahun, anda bakal memperolehi RM132,328. Lebih awal anda bermula lebih untung.
Terdapat lebih 300+ dana dengan peratusan keuntungan mencapai 10%-12%! malah ada juga yang lebih dan kurang.


Jadi penting dan AMAT PENTING untuk mengkaji dahulu performance dana yang anda ingin laburkan.

No comments:

Post a Comment

Pages