Apa itu Unit Trust?
“Kawan saya ajak melabur
dalam Unit Trust, bagus kata dia. Saya
join je, tapi apa benda Unit Trust ni sebenarnya?”
Unit
Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh
Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma!)
supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai,
menerusi ikatan amanah.
Konsep mudah:
kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.
1. Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham.
Konsep
sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya
keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui
dividen + kenaikan harga unit dana.
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti
(SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan
Malaysia.
Sehingga 31
Oktober 2016, terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit
Amanah. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual
Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment
dan banyak lagi.
3.
Fund / Dana = Tabung
Setakat
31 Oktober 2016, terdapat 641 dana yang diluluskan di Malaysia dan 199 daripadanya adalah berasaskan patuh
syariah (Islamic Fund).
Sumber : Suruhanjaya Sekuriti
Antara dana yang popular (beri pulangan
yang tinggi) adalah Kenanga Syariah Growth Fund, Eastspring Investments Dana
Al-Ilham, PMB Shariah Aggressive Fund.
“Bro, apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?”
Maksudnya,
selain tunai, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada
dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja.
Namun melabur guna KWSP ni agak leceh. Hanya boleh
dikeluarkan sekali setiap 3 bulan. Maknanya setahun 4 kali kena isi borang.
“Dekat mana Unit Trust tu laburkan duit kita?”
Contoh
: Apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita
melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma
yang tolong jual beli saham tu adalah fund manager yang dilantik.
“Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?”
Nilai minimum untuk pelaburan adalah
berbeza-beza mengikut mengikut syarikat atau dana. Selalunya sekitar RM100 –
RM1,000.
“Berapa purata pulangan Unit Trust ni?”
Secara keseluruhannya, daripada laporan
BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan
Akaun simpanan bank biasa : 1.3%
Simpanan Tetap (FD) : 3.47%
Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)
Simpanan Tetap (FD) : 3.47%
Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)
“Mahal tak kos pengurusan Unit Trust ni?”
Disebabkan kita menggunakan khidmat
pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan
1. Sales
charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
2. Management
fee : dikenakan setahun sekali
3. Trustee
fee : dikenakan setahun sekali
4. Switching
fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
5. Redemption
fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.
#PRS #privateretirementscheme #unittrust #takaful #wasiat#sunlife#asb #asbfinancing
No comments:
Post a Comment