DIMANA TAHAP KEWANGAN KITA?



Di dalam agama kehidupan manusia terbahagi kepada lima tahap iaitu alam roh, alam janin, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

Begitu juga, di dalam kewangan kita iaitu mempunyai tahap untuk menuju ke arah kewangan yang baik. Terdapat lima tahap atau peringkat kewangan seperti dibawah :-


1. BUAT DUIT

Tahap ini merupakan tahap dimana seseorang itu mencari pendapatan samada bekerja makan gaji atau berniaga. Tahap ini adalah tahap paling awal sekali dalam kewangan dan setiap orang akan melaluinya bagi meneruskan kehidupan terutamanya apabila melangkah alam remaja. Pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk makan/minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, bil-bila dan sebagainya.


2. SIMPAN DUIT

Tahap ini dimana kita akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Namun pada tahap ini tidak semua yang dapat melakukannya kerana pada tahap ini pengurusan kewangan yang baik diperlukan agar mempunyai lebihan pendapatan untuk disimpan.

Kebiasaan pada tahap ini tiada pulangan atau pulangan rendah diatas duit yang disimpan. Jika seseorang gagal pada peringkat ini ianya tidak dapat untuk menuju ke tahap yang seterusnya.


3. LABUR DUIT

Tahap ini adalah dimana duit hasil daripada pendapatan atau simpanan akan dilaburkan ke tempat atau medium pelaburan bagi tujuan mendapatkan pulangan keatas duit yang dilaburkan. Tujuan utama pelaburan dibuat adalah bagi mengatasi inflasi. Nilai wang RM100 dahulu dengan sekarang jauh berbeza. Akan datang ?

Maka tujuan utama duit dilaburkan agar mendapatkan pulangan keastas duit yang disimpan. Setiap tempat atau medium pelaburan tahap risiko yang berbeza. Medium pelaburan yang mana terbaik? Ianya bergantung kepada tahap penerimaan risiko setiap individu.


4. GANDAKAN DUIT

Pada tahap ini hasil pelaburan di laburkan semula bagi menggandakan duit. Ini bermakna simpanan yang dilaburkan akan dilaburkan bagi mendapatkan hasil yang berganda. Jika mempunyai simpanan RM100k kita laburkan supaya berganda menjadi RM200k.


5. KEKALKAN DUIT

Pada tahap ini seseorang mempunyai simpanan yang banyak dan memperolehi pendapatan pasif yang dapat menampung serta mengekalkan gaya hidup mereka. Tahap ini seseorang ini hanya menggunakan pendapatan pasif tanpa menyentuh simpanan.



CC: AMIRUL FAIZ


No comments:

Post a Comment

Pages