Kenapa Apply ASBF ikat tempoh 35 tahun?
Mitos:
Lamanya nak tunggu 35 tahun untuk dapat
200K. Nanti dah nak mampos baru dapat merasa.
Realiti:
Bagi pelabur bijak, matlamat utama BUKAN
nak dapatkan 200K selepas 35 tahun. Tetapi yang dikejar adalah DIVIDEN dan
SURRENDER VALUE (Principal) daripada 200K tersebut. Pelabur bijak biasanya buat
ASBF untuk kumpul MODAL YANG BANYAK dalam masa yang pendek.
Tujuan ikat tempoh pembiayaan 35 tahun
adalah untuk dapatkan sijil yang besar dengan bayaran bulanan yang rendah.
Dalam bahasa mudahnya, 'modal ciput, untung gedabak'.
Kumpul Modal nak buat apa??
Kita kena tahu dan faham bahawa investment
yang boleh wujudkan financial freedom bukanlah ASBF. Nilai 200K selepas 30
tahun tak sama macam sekarang.
Lebih baik kita invest dalam hartanah sama
ada beli hartanah untuk disewakan atau beli-simpan-jual bila harga dah naik.
Apa kaitan dengan ASBF?
Contoh:
Nak beli hartanah, mesti kena sediakan
deposit. Jadi, pelabur bijak akan gunakan ASBF untuk kembangkan modal yang ada
dengan cepat.
Kalau ada RM6000, guna modal untuk rolling
ASBF 100K, selepas 5 tahun menghasilkan RM15-17K
Kalau simpan saja RM6000 dalam ASB biasa,
selepas 5 tahun hanya menghasilkan lebih kurang RM8K++ sahaja.
[andaian dividen ASB sekitar 7%].
Kesimpulan:
ASBF bukanlah investment yang terbaik, TAPI
ASBF adalah permulaan kepada pelaburan-pelaburan lain. Lepas dah berjaya kumpul
modal menggunakan ASBF, mungkin selepas 3,5 atau 10 tahun, anda dah boleh ucap
selamat tinggal kepada ASBF.
#asbfinancing #CharismaLegacyKotaBharu #Principal #Unittrust #privateretirementscheme #Takaful #Wasiat
No comments:
Post a Comment