Perbandingan antara HIBAH dan WASIAT


1. Kedua-dua hibah dan wasiat adalah pemberian.
2. Hibah berarti hadiah. Manakala wasiat dalam konteks tulisan ini ialah wasiat pemberian, bukan wasiat pentadbiran melantik wasi atau wasiat pesanan kepada ahli waris. 
3. Hibah ialah pemberian ketika hidup, manakala wasiat pula ialah pemberian untuk dilaksanakan selepas meninggal dunia.
4. Pemilik harta boleh hibahkan seluruh hartanya kepada sesiapa sahaja, manakala wasiat pula hanya tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah harta pusaka.

5. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tapi wasiat hanya untuk BUKAN WARIS sahaja. Jika kepada waris faraid, perlu dapat persetujuan waris-waris faraid lain.
6. Kedua-dua hibah dan wasiat boleh dilakukan tanpa perlu persetujuan waris, kecuali bagi wasiat yang melebihi 1/3.
7. Kedua-dua hibah dan wasiat hukumnya sunat dan digalakkan untuk mengumpul pahala di akhirat. Tapi pelaksanaan wasiat wajib terhadap waris yang masih hidup untuk memastikan pemberian wasiat itu berjalan.
8. Hibah memerlukan rukun tertentu untuk memastikan ijab dan qabulnya berjalan, manakala wasiat tidak ada sebarang ijab dan qabul.
9. Pindah milik bagi hibah boleh dilakukan ketika pemilik harta hidup atau selepas kematiannya. Manakala wasiat, sudah tentu selepas kematian pemilik asal memandangkan ia wajib dilaksanakan selepas kematian pemilik harta.

CC: Afyan Mat Rawi

No comments:

Post a Comment

Pages