TABUNG BUAT SURI RUMAH


Jika suami kita bekerja dan kita suri rumah tangga sepenuh masa. 

1. Mintak suami beli takaful perlindungan jika berlaku apa apa pada dia nanti. 

2. Mintak suami beli rumah kecil segera, jangan lama sangat menyewa. 

3. Jangan serah diri pada takdir sepenuhnya, takbir hidup dengan buat simpanan bulan pertama jadi suri rumah tangga. 

4. Buat dua (2) Tabungan Kegunaan Zaman Muda hingga usia 55 tahun. 

Tabungan ini seperti ASB,  TH,  hartanah, Unit Trust. Jangan sesekali simpan duit dalam akaun bank. Inflasi telan duit kita nanti. 

5. Buat Tabung Guna Waktu Tua,  dengan buka Akaun Persaraan Swasta (PRS).  Jika masih muda, kerajaan bagi sumbangan RM1000 waktu mula buka akaun kali pertama. 

6. Mohon suami sumbangkan setiap bulan RM100 sebab dia dah jadi majikan kita. Simpanlah dalam PRS hingga bersara. 

7. Semakin banyak suami sumbangkan semakin baik jadinya. 

8. Jadilah isteri yang bijak dan tegas mengurus kewangan suami. Kita tak tahu sampai bila cintanya mekar mewangi.

 Bersedia sebelum bencana kewangan. 




CC: Abah Qilah

#PRS #UNITTRUST #UNITTRUSTCONSULTANT #ASB #ASBFINANCING #WASIAT #TAKAFUL

No comments:

Post a Comment

Pages